MENU

Bantuan Pengguna


Bantuan Pengguna

Sila gunakan ikon di atas untuk bantuan mengenai Laman Utama, Menu Utama, Carian, Galeri Foto, Kalendar dan RSS.
Bagi pertanyaan am, anda juga boleh merujuk bahagian soalan lazim, untuk mendapatkan jawapan segera.

Masih memerlukan bantuan?

Sila hantarkan isu atau pertanyaan anda menggunakan borang maklumbalas yang disediakan atau hubungi staf yang berkenaan di laman Hubungi Kami. Pihak kami akan mengemukakan jawapan dalam tempoh tidal lebih dari tiga (3) hari bekerja.

Bantuan Laman Web

Menu Utama Laman Web MDKL terdiri daripada:


bantuan menu

  • Menu MDKL menyediakan informasi berguna tentang Majlis Daerah Kuala Langat kepada pengguna laman web. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti profil majlis, pengurusan majlis, penerbitan, berita & peristiwa, e- komuniti, maklumat perundangan, pekeliling & panduan, perkhidmatan majlis, e-perkhidmatan, kerjaya & perniagaan. Terdapat juga galeri foto, audio dan video serta program yang dijalankan di sekitar MDKL.
  • Menu PENDUDUK menyediakan maklumat tentang daerah Kuala Langat, pendidikan, program, maklumat wakil penduduk, direktori umum yang boleh dihubungi, perkhidmatan majlis,e-perkhidmatan dan juga e-komuniti.
  • Menu PENIAGA menyediakan maklumat peluang perniagaan dan pekerjaan yang terdapat di Daerah Kuala Langat, pengurusan majlis, perkhidmatan majlis, e-perkhidmatan, tender & sebutharga, direktori umum yang boleh dihubungi dan juga maklumat tentang perundangan.
  • Menu PELAWAT & PELANCONG menyediakan maklumat latar belakang Daerah Kuala Langat, kemudahan yang disediakan, direktori umum yang boleh dihubungi dan tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Kuala Langat.

 

Bantuan Carian


bantuan carian

Carian terletak di penjuru kanan atas membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki di dalam laman web Majlis Daerah Kuala Langat.

 

Bantuan Kalendar



bantuan kalendar

  • Kalendar memberi petunjuk kepada pengguna mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh-tarikh yang tertentu.
  • Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti / program melalui tarikh-tarikh yang telah ditanda.
  • Klik pada tarikh tertentu akan memaparkan aktiviti / program untuk hari tersebut.

Bantuan Galeri Foto


Memuatkan koleksi gambar yang berkaitan dengan Majlis Daerah Kuala Langat dan dikelaskan mengikut tahun dan bulan. Gambar juga boleh dimuat turun.

Contoh :-


bantuan foto

 

Bantuan RSS


Apa itu RSS?

RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Mengapa RSS perlu? 

Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar UPE dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web MDKL dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

  • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam ).
  • Menjimatkan masa.
  • Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai MDKL lebih cepat dan berkesan.
  • Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai MDKL lebih cepat dan berkesan. Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

Bagaimana menggunakan RSS? 

Untuk menggunakan RSS daripada laman web Kuala Langat, anda boleh menggunakan langkah seperti di bawah:

  1. Klik pada ikon RSS pada halaman utama laman web.
  2. Anda akan dipaparkan ke semua halaman RSS yang ada di dalam laman web Kuala Langat. Klik pada senarai yang anda inginkan.
  3. Pengguna di galakkan untuk "Subscribe To This Feed".
  4. boleh memilih di mana anda ingin melihat paparan RSS feed e.g. Browser atau RSS reader yang lain.
  5. Dengan cara ini, anda akan menerima secara automatik kandungan yang terkini daripada laman web Kuala Langat.
Di mana untuk mendapatkan RSS readers? 

Pengguna boleh muat turun desktop atau web-based RSS reader daripada laman web dengan mudah. Anda perlu memilih reader yang sesuai dengan keperluan kerana fungsi readers ini berbeza dengan penggunaan dan keperluannya.