MENU

PERUTUSAN YDP

 
Tuan Mohamad Zain bin A Hamid, S.I.S, P.P.T
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kuala Langat

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih diberi peluang bernafas dan melunaskan tugas selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kepada warga Kuala Langat.

Dalam usaha menyampaikan mutu perkhidmatan yang lebih baik, MDKL sentiasa berusaha untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan selaras dengan kehendak Pentadbiran Kerajaan Negeri yang ingin menumpukan kepada dasar pembangunan masyarakat selain daripada meningkatkan taraf ekonomi dan sosial.

Seiring dengan transformasi semasa, gaya pentadbiran yang lebih dipermudahkan turut dipraktikkan bagi memastikan masyarakat dapat berurusan dengan lebih cepat dan perkhidmatan yang lebih efisyen dapat diberikan menerusi beberapa aplikasi maya seperti Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) dan E-OSC.

Bagi memastikan Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 dapat dicapai, MDKL serius dalam memastikan setiap perancangan pembangunan dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi mengekang sebarang ketirisan yang boleh berlaku sekaligus meningkatkan reputasi dan kredibiliti penjawat awam.

Selain daripada memastikan pembangunan dan kehidupan yang lebih berkualiti kepada masyarakat, kaedah pembangunan lestari disesuaikan dengan keperluan pembangunan sosial setempat melalui penganjuran program-program yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak di daerah Kuala Langat seperti program berbentuk sukan, kebudayaan dan pelancongan yang bersifat lokal mahu pun antarabangsa.

Keadaan geografi yang strategik membolehkan akses mudah pelancong serta pelabur ke daerah ini sama ada menerusi pintu masuk melalui udara iaitu KLIA selain daripada mempunyai jaringan pengangkutan yang baik seperti Lebuhraya SKVE, ELITE dan KESAS.

MDKL komited dalam meneruskan formula perkhimatan terbaik bagi meningkatkan pencapaian aspek kebersihan , infrastruktur, kemudahan awam dan perparitan untuk keselesaan masyarakat berlandaskan motto "Kuala Langat Indah dan Harmoni".

Akhir kata, saya menyeru kepada semua untuk menguatkan tekad dan iltizam untuk bersama MDKL dalam usaha menterjemahkan perancangan dan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi dan menerapkan gaya bekerja dan berfikir yang lebih maju kehadapan.

"Selamat Maju Jaya"