MENU

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Objektif

Memastikan penyelenggaraan harta bersama dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi mewujudkan suasana harmoni dan selesa dalam kehidupan perkongsian harta bersama di kawasan pemajuan berstrata.

Fungsi-Fungsi

  • Mentadbir dan menguatkuasakan peruntukan Undang-Undang di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015 serta surat pekeliling yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
  • Mewujudkan, menyenggara dan mengemaskini maklumat pemajuan strata, jenis pemajuan serta senarai lengkap pemajuan strata.
  • Menyemak dan mengesahkan Akaun Penyenggaraan dan Akaun Kumpulan Wang Penjelas.
  • Menyelaraskan aduan berkenaan isu penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pembeli/pemilik/pemaju/Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC)/Ejen Pengurusan (EP) berkenaan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
  • Memberi taklimat /penerangan /latihan berkaitan pengurusan dan pentadbiran kepada jawatankuasa JMB/MC/EP.