MENU

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Objektif

Mewujudkan satu sistem pencukaian dan sewaan yang adil dan dinamik melalui sistem penilaian dan pengurusan harta yang cekap, berkesan serta bertanggungjawab.

Fungsi-Fungsi

  • Membuat kerja-kerja penilaian pegangan dalam kawasan MDKL bagi maksud mengenakan Cukai Taksiran mengikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan, 1976.
  • Membuat kerja-kerja penilaian semula pegangan-pegangan sekurang-kurangnya 5 tahun sekali.
  • Membuat penilaian Caruman Membuat Kadar di bawah Artikel 156, Perlembagaan Persekutuan.
  • Membuat permohonan tanah-tanah kerajaan. Menguruskan bayaran premium tanah, bayaran cukai tanah dan pengeluaran hakmilik.
  • Menguruskan harta-harta tidak alih milik MDKL.
  • Menguruskan penyewaan bangunan-bangunan MDKL.
  • Menguruskan projek-projek penswastaan bagi harta Majlis.
  • Menguruskan carian rasmi pegangan-pegangan.