MENU

Majlis Daerah Kuala Langat Dan Showa Denko Carbon (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat akan mengadakan sesi penyerahan beg guna semula edisi "Guna Saya Semula" pada 9 Jun 2018 jam 12.00 tengahari hingga 3 petang bertempat di Ruang Legar Pasaraya Tesco Jenjarom. Sebanyak 650 unit beg guna akan diedarkan kepada orang awam.

Program “Guna Saya Semula” merupakan sebuah aktiviti yang menggunakan banner dan gegantung terpakai (reuse) dengan menghasilkan beg guna semula. Ianya adalah selaras dengan Kempen #bebasplastik Negeri Selangor dengan matlamat mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggalakkan orang ramai menggunakan beg guna semula semasa membeli belah.

Datanglah beramai-ramai bagi menyokong program ini dan dapatkan beg guna semula secara percuma.