MENU

Program Homestay merupakan suatu pakej pelancongan yang memberikan anda peluang untuk menjalani hidup di kampung. Bagi pengunjung dari bandar yang biasa dengan kesibukan kota, program Homestay ini merupakan pakej pelancongan pilihan yang tepat bagi melepaskan diri daripada tekanan kerja dan kesibukan gaya hidup yang mewah. Para peserta Homestay merupakan peserta-peserta yang mencapai piawaian Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan sebagai penyelaras Homestay.

Anda akan dilayan seperti ahli keluarga sendiri oleh peserta Homestay dan dapat menyertai acara-acara atau aktiviti kampung yang biasa dijalankan seperti aktiviti gotong-royong atau acara kenduri kahwin.

Program Homestay di Kuala Langat bermula pengujudannya di Kampung Kanchong Darat dan Kampung Endah, yang telah dimulakan pada Julai 1998. Pada tahun 2002, Kampung Batu Laut telah dimasukkan dalam program ini. Ketiga-tiga kampung ini telah banyak meraih kejayaan di dalam pertandingan kampung yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kampung Kanchong Darat telah dinobatkan sebagai johan antara johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan tahun 2000, manakala Kampung Endah menjadi johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan pada tahun 1990 dan Kampung Batu Laut menjadi johan pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2002.

 agro

 
agro

Untuk maklumat lanjut mengenai program homestay ini, bolehlah menghubungi :

Penyelaras,
Homestay Kg. Endah,
PSK 11 Jln Sekolah,
Kg. Endah,
42700 Banting
(u.p. : En. Ramlan bin Hj Misnan)
Tel : 03-31981364 / 013-6456489
Faks : 03-31982312
 

Penyelaras,
Homestay Kanchong Darat,
Jalan Sukun,
Kanchong Darat,
42700 Banting.
(u.p. : Tn. Hj. Mahyuddin bin Hj. Bakhri)
Tel : 03-31874505 / 019-3854505
Faks : 03-31874505

     

Penyelaras,
Homestay Kampung Sg. Lang Tengah,
D/A Lot 1594 Kampung Sungai Lang Tengah,
42700, Banting
Selangor.
(u.p. : Tn Hj. Silim Bin Dasman)
Tel : 03-31871690 / 013-2607097
Faks : 03-31781676
Email : kampungkukslt [at] gmail [dot] com
Blog : kampungkukslt.blogspot.com

 

Penyelaras,
Homestay Batu Laut,
No 1. Jln Sekolah,
Kg. Batu Laut,
42800 Tanjung Sepat,
Kuala Langat
(u.p. : Pn. Azura bt Ali / En. Mahmud)
Tel : 012-3881342 / 019-2523670
Faks : -

 

Penyelaras,
Homestay Kg. Kundang,
Kampong Kundang,
Pejabat Pos Tanjung Sepat,
42800 Kuala Langat.
(u.p. : En. Arman bin Saiiman)
Tel : 019-6431816
Faks : 03-31481162