MENU

Kewujudan penempatan di kawasan kampung Sungai Lang telah dikesan sejak 2,500 tahun dahulu di tanah melayu iaitu pada zaman gangsa- besi. Penduduk yang tinggal di kawasan ini tidak tinggal di gua batu tetapi ia lebih tertumpu di kawasan yang lapang, tepi sungai dan persisiran pantai. Sungai Lang merupakan petempatan yang penting semasa zaman logam di Semenanjung Malaysia selain di Batu Buruk, Terengganu. Ini berdasarkan penemuan dua jenis alat yang diperbuat daripada gangsa iaitu gendang dan loceng. Ini membuktikan bahawa Sungai Lang merupakan pusat bagi dagangan luar pada zaman tersebut. Selain itu ditemui juga keranda kayu berbentuk perahu untuk menyimpan mayat. Terdapat juga penempatan lain yang berhampiran iaitu terletak di tebing- tebing sungai langat (Selangor).

kampung sg lang kampung sg lang
  Gendang Dong Son
Telah ditemui di Kampung Sungai Lang yang dipercayai berasal dari Zaman Gangsa – Logam.

Kini Sungai Lang lebih dikenali sebagai perkampungan tradisional yang banyak mempunyai produk-produk yang diusahakan sendiri oleh penduduknya. Merupakan sebuah perkampungan melayu 40 KM dari Klang yang banyak membongkar kesan dan tinggalan sejarah purba.