MENU

Ladang teh Sri Cheeding telah dibuka pada tahun 1927 dengan keluasan 210 ekar dan dikendalikan oleh BOH Plantations serta terkenal dengan ladang teh tanah rendah. Ini kerana teh di ladang ini ditanam di tanah rendah yang mempunyai suhu yang sederhana, tidak seperti ladang teh yang lain di mana ia ditanam di tanah tinggi dan memerlukan suhu yang rendah. Menariknya, teh di ladang ini ditanam di bawah pokok kelapa sawit secara berselang seli dan ia merupakan yang pertama di dunia.

agro 

agro  

Di ladang ini juga terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses dan membungkus teh. Kilang ini juga menerima bekalan daun-daun teh dari ladang teh di Cameron Highlands untuk pembungkusan. Oleh itu, ladang ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutamanya bagi mereka yang ingin melihat teh tanah rendah dan juga bagi mengetahui cara teh diproses dan dibungkus.