MENU
masjid   masjid
 
 

Senibina dalamannya yang unik menggunakan kayu bermutu tinggi

Masjid ini dibina kira-kira 200 meter dari Istana Temasya. Ia dibina pada dekad pertama abad ke-20 (tahun 1905). Dari segi rekabentuk masjid ini menerima pengaruh senibina daripada kerajaan Deli, Medan. Tiang Seri dan seni ukir dinding serta mimbarnya yang unik daripada jenis kayu tahan lama dan bermutu tinggi. Mimbar yang terdapat di dalam Masjid Sultan Alaeddin Suleiman Syah sering digunakan oleh baginda semasa berkhutbah.

Masjid ini masih kukuh dan digunakan sebagai tempat ibadat penduduk Kampung Bandar. G.L Peet yang mengambil gambar masjid itu kira-kira 32 tahun yang lampau, menerangkan bahawa masjid itu digunakan oleh Sultan Suleiman setiap hari Jumaat. Kemungkinan ini boleh diterima. Kemudiannya, selepas kemangkatan baginda, masjid ini hanya digunakan oleh penduduk setempat. Walaubagaimanapun, kerana kepentingan agama, dan kedudukannya agak sesuai (hampir dengan kebanyakan penduduk Bandar), justeru ia tetap dipelihara dan dibaiki dari masa ke semasa.

Masjid yang didirikan lebih kurang pada dekad pertama abad ke-20 itu, namun terselamat dari dimakan kelapukan. Sultan Alaeddin Suleiman Syah, yang alim selalu memberi khutbah di masjid-masjid di seluruh negeri. Inilah sebabnya masjid itu terus dipelihara dengan baik sehingga hari ini.