MENU

Sekiranya anda mencari satu kawasan yang jauh dari kesibukan dan kebisingan kota, Pantai Morib merupakan pilihan yang bijak. Salah satu kawasan beristirehat berpantai di daerah Kuala Langat, ia merupakan destinasi yang paling sesuai bagi pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur yang ingin melepaskan diri daripada tekanan kerja kerana jaraknya yang tidak jauh.

 
 

 

Perjalanan untuk ke sampai ke Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan ataupun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan anda sehingga Banting sebelum tiba di Morib.

 
 

 

Untuk sampai ke Morib menggunakan bas, anda cuma perlu menaiki bas Kuala Lumpur – Banting dari Stesen Bas Old Klang. Setibanya di Banting, anda boleh samada menaiki bas Sepang ke Morib ataupun menyewa teksi di perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting. Kemudahan yang terdapat di Pantai Morib termasuklah juga sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang bola sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC).