MENU

Agro-tourism adalah suatu istilah yang digunakan untuk menerangkan suatu program pelancongan yang melibatkan bidang pertanian dan perkampungan berdasarkan tarikannya. Daerah Kuala Langat mempunyai beberapa tarikan Agro-tourism yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong yang berminat.

Selain itu, terdapat lagi satu ladang kelapa sawit, OPRS (sekarang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Golden Hope) di Kelanang dan Pulau Carey. Pusat Penyelidikan Golden Hope yang terletak di Kelanang adalah sebuah Pusat Penyelidikan yang terkenal di seluruh dunia di mana benih kelapa sawit yang dipanggil Golden Hope DxP masih diusahakan. Benih-benih tersebut boleh mengeluarkan hasil yang tinggi.

 agro   

Di samping itu, Pusat Penyelidikan juga ada makmal bioteknologi di mana bahan tanaman sawit dari tisu didik diusahakan. Penyelidikan tentang tanah, perosak tumbuhan, mekanisasi ladang, pokok herba dan produk dari minyak sawit juga dijalankan. Selain dari penyelidikan, stesen ini juga ada membuat kerja perundingan untuk syarikat ladang di dalam dan luar negara.

Selain daripada pusat penyelidikan kelapa sawit, terdapat sebuah Herbal Arboretum yang mula dikenali ramai di Pusat Penyelidikan Golden Hope ,Pulau Carey dan Kelanang yang mula beroperasi pada tahun 1998. Pusat penyelidikan ini juga membekalkan benih-benih pokok herba kepada institusi-institusi yang berminat. Terdapat 350 spesis dengan keluasan 5 ekar di Kelanang dan 3 hektar di Pulau Carey.

Di antara spesis yang paling popular di Herbal Arboretum ini adalah pokok Tongkat Ali, ‘Tea Tree' dan pokok Mengkudu. Pusat ini telah mengeluarkan produk-produk seperti jus mengkudu, kapsul tongkat ali dan barangan kosmetik dari pokok-pokok herba. Namun begitu, produk-produk ini masih dalam penyelidikan dan belum lagi dipasarkan.

Setiap masa stesen penyelidikan menerima kunjungan pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi :
Sime Darby
KM 10, Jalan Banting-Kelanang,
42700 Banting,
Selangor D.E.
Tel : 03 – 31202311
Fax : 03 – 31201197