MENU

Tempat simpan peluru merupakan tempat atau ruang penyimpanan kelengkapan perang, khususnya peluru-peluru ataupun alat-alat bedilan. Kedudukannya berhampiran dengan Bekas Pejabat Daerah dan tempat Bakar Arang. Secara keseluruhannya bangunan ini berbentuk ‘Dome' yang dibina dari bahan simen dan mempunyai sebuah pintu. Ia juga dilengkapi dengan lubang udara yang berfungsi untuk peredaran udara di dalam ruang simpan peluru tersebut. Dilihat dari segi geografi, tempat ini terletak berhadapan dengan aliran Sungai Langat yang dapat mempermudahkan proses pengangkutan peluru ke kawasan-kawasan yang berhampiran mahupun ke tempat penyimpanan. Ia merupakan satu-satu tempat simpan peluru yang pertama kali ditemui di daerah Negeri Selangor.

 

dump