MENU

PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI & HARTANAH

 

Wilayah Maju Menjelang 2020

 

Daerah Kuala Langat telah diistiharkan sebagai Lembah Klang II (WLK II) bersama Daerah Sepang. Pembangunan WLK II dijangka menyumbang kepada memperkukuhkan pencapaian Wawasan Negeri Selangor Maju disamping meningkatkan posisi Wilayah Metropolitan Kuala Lumpur – Lembah Klang sebagai sebuah kotaraya metropolitan dalam rangkaian bandaraya dunia.
Pembangunan WLK II mempunyai 3 misi utama iaitu:

i. Penjana pertumbuhan kepada wilayah sekitarnya dalam konteks integrasi ekonomi global-local (glocal)
ii. ‘Gateway' kepada kemasukan business dan pengunjung antarabangsa.
iii. Menjadi tempat pilihan lokasi firma dan pejabat wilayah perbadanan antarabangsa berteraskan ICT.

 

plan

Enam Inisiatif Utama WLK II

  • Galakan dan sokongan kepada pertumbuhan business global dan tempatan
  • Infrastruktur pengangkutan yang cekap
  • Pembangunan tenaga manusia yang berkualiti dan berkemahiran tinggi
  • Persekitaran kehidupan yang berkualiti
  • Tadbir urus yang baik
  • Ekuiti dan penyusunan semula masyarakat