MENU

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dirancang untuk dilaksanakan di dalam RMK-9 bagi memastikan tercapai sifar miskin tegar dan penurunan kadar kemiskinan kepada 2.8% menjelang 2010. Tumpuan akan diberikan kepada penambahbaikan kualiti hidup, peningkatan pendapatan dan bina upaya keluarga miskin. PPKB mengandungi tujuh jenis bantuan yang boleh dipohon oleh keluarga miskin dan miskin tegar seperti berikut :

  1. Bantuan sewa rumah
  2. Bantuan kemasukan ke sekolah
  3. Bantuan kemasukan ke IPT
  4. Bantuan kos jagaan kanak-kanak
  5. Bantuan kos pengangkutan kesekolah
  6. Bantuan kos pengangkutan ke tempat kerja
  7. Bantuan kos rawatan dialisis dan kos pengangkutan

PGK Kawasan Bandar Bagi Miskin dan Miskin Tegar Mengikut Isi Rumah dan Per Kapita (RM) :

 Kawasan

 Miskin

 Miskin Tegar

 Isi Rumah
(RM)
Per Kapita
(RM)
 Isi Rumah
(RM)

 Per Kapita
(RM)

 Semenanjung  Malaysia
 740
185
390
 90

Syarat-Syarat Kelayakan

Syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan PPKB adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
2. Pemohon bantuan ini disediakan untuk seisi rumah keluarga miskin dan miskin tegar di bandar sahaja.
3. Pemohon mesti mempunyai pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK) Bandar yang ditetapkan.

Faedah-Faedah yang Diperolehi daripada PPKB :

1. Membantu meringankan beban keluarga
2. Membantu keluarga untuk keluar bekerja
3. Membantu keluarga dan ahli keluarga mendapatkan bantuan dan menjalani latihan dan persediaan ke institusi pengajian tinggi
4. Membantu keluarga dan ahli keluarga mendapatkan pekerjaan
5. Membantu keluarga dan ahli keluarga menjana pendapatan.

*Borang permohonan boleh diperolehi di Unit Pembangunan Mampan, Jab.Perancangan Pembangunan, MDKL