MENU

 Eco-tourism

  1. Tempat yang sesuai bagi jenis pelancongan ini di Kuala Langat adalah di Paya Indah Wetlands.
  2. Keluasannya adalah seluas 3,100 hektar yang merangkumi pelbagai jenis ekosistem, termasuklah juga bekas kawasan lombong bijik timah dan hutan paya bakau.
  3. Paya Indah Wetlands ini telah dibuka kepada orang awam pada 13 Oktober 2001 dan diperindahkan sebagai sebuah kawasan alam semulajadi untuk generasi akan dating.
  4. Paya Indah menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan Malaysia dalam membangunkan sektor pelancongan yang mesra alam disamping mengekalkan habitat flora dan fauna di kawasan tanah bencah.
  5. Paya Indah Wetland ini terletak berhampiran dengan Putrajaya (pusat pentadbiran Malaysia),  Koridor Multimedia Raya (KMR) dan beberapa minit jarak daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  6. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan disini, contohnya adalah seperti aktiviti mengayuh basikal, berkayak di tasik, aktiviti ‘birdwatching' dan aktiviti ‘batik painting'.
  7. Terdapat pelbagai jenis hidupan yang boleh terdapat disini, contohnya adalah seperti badak air, buaya, ikan Arapaima (ikan Naga Merah), angsa dan burung kasawari.
  8. Kemudahan dan tarikan yang terdapat di Paya Indah Wetlands ini adalah seperti berikut:
    1. Chalet (33 buah)
    2. Tasik (14 buah tasik)
    3. Palm Garden
    4. Galeri
    5. Kafe
    6. Tempat bagi aktiviti memancing
    7. Tempat bagi aktiviti melukis batik
    8. Tempat lukisan pasir
    9. Tempat jungle trekking
    10. Tempat birdwatching
    11. Menunggang basikal dan berkayak

Untuk maklumat lanjut:

Paya Indah Wetlands
KM 4, Jalan Banting – Dengkil
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan

Tel       : 03-87687699
Fax      : 03-87687703
Email   : sales [at] mwf [dot] nasionet [dot] net
mwf [at] mwf [dot] nasionet [dot] net
URL    : http://www.payaindah.org.my

 

 Agro-tourism

  1. Agro-tourism adalah jenis pelancongan yang melibabatkan bidang pertanian dan perkampungan berdasarkan tarikannya.
  2. Golden Hope Research Sdn. Bhd. Adalah salah satu pusat penyelidikan di Kuala Langat dan pusat ini memiliki dua cawangan iaitu di Kelanang dan Pulau Carey.
  3. Pusat Penyelidikan Golden Hope yang terletak di Kelanang adalah sebuah pusat yang terkenal di seluruh dunia di mana benih kelapa sawit yang dipanggil Golden Hope DxP masih diusahakan. Benih-benih tersebut boleh mengeluarkan hasil yang tinggi.
  4. Selain dari penyelidikan, stesen ini juga ada membuat kerja perundingan untuk syarikat lading di dalam dan luar Negara.
  5. Selain menjadi pusat penyelidikan kelapa sawit, terdapat sebuah Herbal Arboretum yang mula dikenali ramai sejak mula beroperasi pada tahun 1998.
  6. Pusat penyelidikan ini juga membekalkan benih-benih pokok herba kepada institusi-institusi yang berminat.
  7. Terdapat 350 spesis dengan keluasan 5 ekar di Kelanang dan 3 hektar di Pulau Carey.

Untuk maklumat lanjut:

Golden Hope Research Centre
KM 10, Jalan Banting-Kelanang
42700 Banting
Selangor

Tel       : 03-31202311
Fax      : 03-31201197
Email   : oprs [at] po [dot] jaring [dot] my

 

  1. Ladang Teh Boh, Sri Cheeding telah dibuka pada tahun 1927 dengan keluasan 210 ekar dan dan dikendalikan oleh BOH Plantations serta terkenal dengan ladang teh tanah rendah.
  2. Menariknya, teh di ladang ini ditanam di bawah pkok kelapa sawit secara berselang seli dan ia merupakan yang pertama di dunia.
  3. Di ladang ini juga terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses dan membungkus teh.
  4. Oleh itu, ladang ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutamanya bagi mereka yang ingin melihat teh tanah rendah dan juga mengetahui cara teh diproses dan dibungkus.

Untuk maklumat lanjut:

Boh Plantation Sdn. Bhd.
Bukit Cheeding Packing Factory
Batu 6, Jln. Kg. Seri Cheeding
42700 Banting
Selangor

Tel : 03-31874704

  1. Projek Perladangan Berkolompok Sayuran / Kontan dijalankan di Kampung Endah dan Kampung Kanchong Tengah.
  2. Keluasannya adalah 40 hektar / 100 ekar.
  3. Kawasan pertanian ini menanam pelbagai jenis sayur-sayuran dan tanaman kontan secara berkelompok.
  4. Projek peladangan sayuran dan kontan berkelompok ini adalah dibawah kelolaan Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat dan menjadi salah satu lokasi lawatan peserta program Homestay.
  5. Jabatan Pertanian Kuala Langat juaga ada mengadakan konterak kerjasama bersama FAMA dan hasil tanaman juga dipasarkan oleh FAMA.

Untuk maklumat lanjut:

Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat
Telok Datuk
42700 Banting
Selangor

Tel : 03-31814773

 

  1. Soon Beng Longan Trading merupakan satu-satunya ladang longan yang terdapat di Daerah Kuala Langat.
  2. Ladang longan ini terletak di Gadong Estate, 20minit perjalanan dari Bandar Banting melalui jalan Morib ke Tanjung Sepat.
  3. Ladang ini mempunyai keluasan 15 ekar dengan tanaman longan dan diselang selikan dengan tanaman buah-buahan lain seperti jambu batu, limau nipis, jambu air, tembikai susu dan gold melon.
  4. Hasil buah-buahan ladang ini dipasarkan secara tempatan di sekitar Kuala Langat.
  5. Tanaman longan dijalankan secara berperingkat. Keluasan bagi pokok longan yang berumur 7 tahun ke atas dan sudah berbuah adalah seluas 5 ekar pada masa kini. Manakala keluasan bagi pokok longan yang berumur 2 hingga 3 tahun seluas 9 ekar lebih.

Untuk maklumat lanjut:

Soon Beng Longan Trading, 
Gadong Estate
42800 Tanjung Sepat

Tel : 03-31481018
H/p : 019-2392369

 

 Tempat-tempat bersejarah

  1. Bandar Temasya / Jugra, kedudukannya di kawasan tinggi dikatakan mudah untuk mengawasi keselamatan kawasan tersebut. Jugra juga dikenali sebagai pelabuhan yang penting dari segi perdaganang selain dari Melaka.
  2. Langat begitu istimewa jika dibandingkan dengan daerah lain di Selangor kerana keadaannya yang aman. Mungkin atas dasar inilah Sultan Abdul Samad menjadikan Langat tempat baginda bersemayam dan memerintah Kerajaan Selangor bukannya Kuala Selangor.
  3. Semasa pemerintahan baginda Kuala Langat berpusat di Bandar Temasya. Sejak 1857 hingga 1898 baginda bersemayam di Jugra. Berlakulah pergeseran di kalangan para pembesar dan kerabat diraja. Akhirnya yang dilantik sebagai Yang Di Pertuan baru ialah Raja Abdul Samad.
  4. Bukit Jugra pada asalnya bernama Tanjung Kera tetapi setelah Sultan Abdul Samad menetap di Tanjung Kera namanya ditukar kepada Bandar Temasya.
  5. Jugra meliputi kawasan dari Bukit Jugra, Kg. Sg. Arak bersempadan dengan Kelanang dan Pekan Chodoi
  6. Beberapa tapak bersejarah telah dikenalpasti di dalam Daerah Kuala Langat :
  1. Istana Bandar
  2. Masjid Bandar
  3. Istana Long Puteri / Maimun
  4. Istana Jugra
  5. Kompleks Makam Diraja
  6. Penjara Jugra
  7. Pejabat Daerah Lama Kuala Langat
  8. Stor tempat simpan peluru
  9. Sekolah Kebangsaan Bandar
  10. Kampung Sungai Lang
  11. Hatters Castle, Carey Island
  12. Tapak jeti (Pengkalan Batu Hampar)

Soalan : Dimanakah tempat makan yang terkenal di Daerah Kuala Langat?

Jawapan :

  1. Di Daerah Kuala Langat ini terdapat pilihan restoran makanan yang enak. Antara yang popular adalah restoran makanan laut yang terletak di Pekan Tanjung Sepat, Batu Laut dan Pulau Carey.
  2. Hidangan 'Beggar's Chicken atau dikenali sebagai 'Hak Yi Gai' dalam bahasa Cina.
  3. Senarai restoran yang popular di Daerah Kuala Langat :
  4. Restoran Abang Seafood Ikan Bakar
  5. Bandar Carey Seafood Restaurant
  6. Restaurant Basri Ali
  7. Restaurant Seafood Viking Pengkalan Nelayan
  8. Restoran Makanan Laut Kang Guan (P. Carey)

Soalan : Apakah jenis industri yang terdapat di Daerah Kuala Langat?

Jawapan :

  1. Terdapat banyak perindustrian kecil di Kuala Langat yang diusahakan oleh penduduk kampung.
  2. Selalunya produk yang dihasilkan adalah produk makanan ringan seperti biskut dan kerepek yang sentiasa mendapat sambutan terutamanya apabila menjelang hari raya.
  3. Senarai tempat perusahaan bagi perindustrian tersebut adalah seperti berikut :
  1. FAMA Co. MALAYSIA

- Memproses dan membungkus kopi

  1. Fazz Enterprise (M) Sdn. Bhd.

- Membuat kerepek

  1. Perusahaan Tempe

- Membuat tempe

  1. Nas Food Sdn. Bhd.

- Pengusaha dan pembekal kerepek

  1. Perniagaan Usaha Warisan

- Memproses pelbagai jenis bahulu, kuih tradisional, biskut dan kerepek

  1. Chong Yick Fishery (M) Sdn. Bhd.

                  - Memproses isi ikan dan keropok leko

 

KEBUDAYAAN DAN KRAFTANGAN

PENGENALAN

  1. Terdapat pelbagai jenis kebudayaan dan kraftangan yang dapat ditemui di Daerah Kuala Langat.
  2. Di antara yang menarik adalah kebudayaan Orang Asli.
  3. Terdapat dua kaum orang asli di Daerah Kuala Langat iaitu kaum Mah Meri, kaum yang tinggal di pesisiran pantai. Contohnya kaum orang asli di Pulau Carey. Manakala kaum Temuan, kaum orang asli yang tinggal di kawasan bukit, seperti perkampungan orang asli di Bukit Tadom, Labohan Dagang.

Kebudayaan Orang Asli di Pulau Carey (Kaum Mah Meri)

  1. Pulau Carey yang terletak di selatan Pelabuhan Klang, merupakan penempatan kepada komuniti kaum Mah Meri (disebut Mak Miri).
  2. Selain daripada persembahan muzik dan tarian tradisi mereka, kaum Mah Meri juga terkenal dengan ukiran kayu daripada sejenis kayu yang dinamakan kayu ‘Nyireh'.

Kraftangan Orang Asli

  1. Kebanyakan orang asli di Semenanjung Malaysia masih mempercayai kewujudan hantu, roh dan cerita-cerita dongeng.
  2. Mengikut cerita dongeng dari nenek moyang orang asli yang dikenali sebagai Sang Kelembai ianya dipercayai  bahawa apabila seseorang itu jatuh sakit seperti sakit kepala, sakit gigi atau sakit perut serta pelbagai lagi penyakit lain ianya adalah disebabkan oleh roh atau hantu.
  3. Di Kuala Langat juga tidak ketinggalan dengan keunikan kemahiran ukiran kayu oleh kaum orang asli.
  4. Kebiasaannya kaum Mah Meri yang ditemui di Pulau Carey lebih mahir dalam menghasilkan ukiran kayu yang banyak bermotifkan unsur-unsur makhluk dari cerita-cerita dongeng nenek moyang mereka.
  5. Cerita-cerita dongeng yang paling popular dikalangan kaum Mah Meri adalah mengenai 'Moyang Belangkas'. "Dipercayai suatu masa dahulu seorang lelaki telah menyusuri pantai untuk mencari belangkas. Tiba-tiba Sang Kelembai muncul dan terus menyumpah lelaki berkenaan menjadi belangkas. Cerita itu sangat popular sehingga kaum Mah Meri mempercayai kebenaran cerita tersebut dan telah menghasilkan satu ukiran patung yang dinamakan 'Moyang Belangkas'".
  6. Kira-kira 100 tahun yang lalu, kaum orang asli menghasilkan ukiran kayu yang bermotifkan nenek moyang mereka, bukan untuk tujuan jualan tetapi untuk upacara-upacara perayaan seperti :
  1. Temasya jamu moyang atau genggulang

- Upacara untuk menghalau roh jahat dari penempatan mereka

  1. Temasya belancang

- Upacara menyembuhkan pesakit dari roh jahat

  1. Temasya berjenum

- Upacara bomoh menurunkan ilmunya kepada waris
-   Kaum Temuan yang ditemui di Bukit Tadom, Labohan Dagang juga terkenal 
dengan hasil kraftangan dan kebudayaan mereka.

  1. Salah seorang dari kaum Temuan yang ditemui sangat mahir dengan kesenian ukiran dan lukisan.
  2. Antara bahan-bahan yang dihasilkan :
  1. Kerambit
  2. Bubu ikan
  3. Topeng
  4. Sumpit dan lain-lain ukiran
  1. Kebanyakan hasil kesenian ukiran yang diukir adalah berasaskan kayu, akar dan lain- lain bahan semulajadi.

Untuk maklumat lanjut:

Pejabat Hal Ehwal Orang Asli
Telok Datok 
42700 Banting
Selangor

Tel : 03-31872773
H / P : 012-6714108

PANTAI

PANTAI MORIB

  1. Salah satu kawasan beristirehat berpantai di daerah Kuala Langat, ia paling sesuai kepada semua pengunjung terutama sekali pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur yang ingin melepaskan diri daripada tekanan kerja kerana jaraknya yang tidak jauh.
  2. Perjalanan untuk sampai ke Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan ataupun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang terus, teruskan perjalanan anda sehingga Banting sebelum tiba di Morib.
  3. Untuk sampai ke Morib melalui bas, anda cuma perlu menaiki bas Kuala Lumpur – Banting dari Stesen Bas Old Klang.
  4. Setibanya di Banting, anda boleh smada menaiki bas Sepang ke Morib ataupun menyewa teksi di perhentian teksi bersebelahan dengan perhentian bas di Banting.
  5. Kemudahan yang terdapat di Pantai Morib termasuklah jua sebuah pentas serbaguna, gelanggang gasing, padang boa sepak pantai, gerai-gerai makan dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan (DETC).

PANTAI KELANANG

  1. Pantai Kelanang merupakan kawasan pantai berpasir dan ditumbuhi pokok-pokok rhu serta pkok kayu bakau. Pesisiran Pantai Baru Morib ke Pantai Kelanang dipenuhi oleh pokok kayu bakau.
  2. Pesisiran pantai antara Pantai Baru Morib dan Pantai Kelanang sejauh 7 KM.
  3. Dari jalan utama, Jalan Morib, akses ke Pantai Kelanang adalah melalui jalan kampung sediada di Pekan Tongkah dan seterusnya dihubungkan oleh jalan berturap sejauh 5 KM.
  4. Akses daripada Pekan Kelanang adalah sejauh 1.3 KM.
  5. Akses daripada Jugra boleh melalui jalan sediada dari Jeti Kelanang dan seterusnya dihubungkan jalan yang belum berturap sejauh 3 KM.

PANTAI TANJUNG RHU

  1. Pantai Tanjung Rhu terletak di bahagaian barat daya Pulau Carey. Mempunyai leih kurang 2.5 KM persisiran pantai yang putih.
  2. Menjadi tempat berlabuhnya nelayan di Pulau Carey. Pasir yang putih mengamit ramai pengunjung untuk berkunjung di Tanjung Rhu.
  3. Tiada kemudahan asas yang disediakan di pantai ini.
  4. Perjalanan mengambil masa lehih kurang 20minit dari pintu masuk ke Pulau Carey.